SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB BOWLING KPTM BATU PAHAT

Selamat datang ke Blog Kelab Bowling KPTM Batu Pahat . Tujuan kami mencipta blog ini adalah kerana untuk memudahkan pelajar-pelajar
KPTM Batu Pahat merujuk sebarang maklumat dan pemberitahuan kepada pelajar-pelajar KPTM Batu Pahat . Kami amat berbesar hati di atas sokongan anda dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih . :)

TEKNIK





“Good bowling involves repetition. The first-rate player can duplicate the same series of motions time after time to produce consistent shot making” – Mike Aulby

Kata-kata dari bekas pemain pro Professional Bowlers Association (PBA), Mike Aulby (PBA Player of The Year 1985 dan 1995) di atas sudah cukup untuk menerangkan bagaimana seseorang pemain bowling boleh melakukan jatuhan pin yang tinggi dan konsistent. Kata kuncinya adalah “duplicate the same series of motions” iaitu keupayaan mengulangi kembali cara balingan dengan sempurna berkali-kali. Ini berasaskan pada prinsip – Jika kita boleh membuat satu balingan yang baik dan menghasilkan “strike”, maka apa yang kita perlu buat adalah mengulang kembali yang kita buat dan secara rasionalnya balingan seterusnya akan menghasilkan “strike” juga. Logik kan?

Maksud “duplicate the same series of motions” ini bukan hanya pada ketepatan bola singgah di pin atau kelajuan bola yang dihasilkan. Ia meliputi semua aspek iaitu di mana bola dijatuhkan, di mana kita berdiri, berapa banyak “hook” yang di hasilkan dan sebagainya. Kita perlu menjadi mesin fotokopi yang baik dan mengulang kembali aksi sebelumnya bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Susah ke? Cuba lihat video di atas. Perhatikan bagaimana jaguh bowling handalan dunia dari UK, Paul Moor yang merupakan World Bowling Writer’s Bowler Of The Year 2005 melakukan strike demi strike. Setiap balingan umpama ulang tayang balingan yang sebelumnya. Hebat!

Sebenarnya dengan pengetahuan yang baik tentang bowling dan latihan mencukupi, semua orang boleh bermain dengan konsistent dan menghasilkan jatuhan pin melebihi 200 pada setiap game. Saya bukanlah pemain bowling yang tegar atau selalu ke pusat bowling, namun saya masih mampu membuat jatuhan pin melebihi 200 jika saya ke pusat bowling hari ini. Catatan terbaik saya (Official) di pertandingan adalah 278, manakala “unofficial” semasa latihan adalah 289. Ini di buat tanpa latihan intensif dan proper coaching dari jurulatih yang berkelayakan. Oleh itu, saya rasa anda juga boleh melakukannya jika punyai pengetahuan yang asas dan minat yang mendalam.




Perkara pertama yang harus diingat oleh pemain bowling adalah jarak antara pin dengan garisan yang dibenarkan (foul line) adalah sejauh 60 kaki (Lihat Diagram di atas). Itu jarak yang amat jauh ok. Oleh itu, apabila membaling bola boling sebaiknya janganlah pin-pin yang jaraknya 60 kaki itu anda gunakan sebagai sasaran atau target anda. Cuba ambil 3 biji buah guli dan letakkan satu dekat dengan anda dan satu lagi jauh dengan anda. Gunakan satu lagi biji guli sebagai peluru anda. Mana lebih mudah untuk dibaling? Tentulah yang dekat bukan? Oleh itu, untuk lebih konsistent cuba cari target yang lebih dekat untuk anda. Lihat sekeliling lane dan gunakan panduan yang ada sebagai guideline anda.




Sekarang lihat pula dengan teliti lane bowling (rujuk gambar di atas). Perhatikan arrow (anak panah) dan papan2 kecil yang diatur (board) pada lane tersebut. Terdapat 39 boards pada setiap lane bowling. Pemain boling tangan kanan akan mengira board dari kanan ke kiri, manakala pemain kidal akan mengira dari kiri ke kanan. Arrow di susun selang 5 boards. Arrow pertama dari kanan adalah pada board ke lima.




Boards dan arrows ini digunakan sebagai sasaran atau target bagi menggantikan pin yang agak jauh 60 kaki dari foul line. Sesetengah pemain boling menggunakan arrow sebagai target, manakala yang lain pula menggunakan board. Gabungan kedua-duanya juga boleh dipakai bagi memantapkan lagi lontaran.

Konsep adalah mudah. Jika anda boleh meniru kembali cara balingan anda, maka setiap jatuhan pada arrow atau board yang dekat itu dan membawa strike, maka anda cuma perlu lontarkan kembali ke board atau arrow tersebut selepas ini. Tak perlu sasar atau pandang sejauh 60 kaki ke arah pin. Baling sahaja ke sasaran yang lebih dekat dengan anda. Contohnya: Jika bola jatuh ke arrow pertama atau board ke lima dan strike, maka anda cuma perlu jatuhkan bola ke arrow pertama atau board ke lima bagi balingan seterusnya. Jika lain-lain pergerakkan anda adalah konsistent, maka peluang adalah cerah untuk balingan itu menjadi strike sekali lagi.




Untuk target atau sasaran yang lebih dekat (bagi pemain bertubuh kecil terutamanya atau spinners), anda boleh juga gunakan dots yang ada di lane. Ia terletak berhampiran dengan foul line dan tidak jauh dari arrows. Biasanya terdapat 5 atau 7 dots (tak standard). Ia selari dengan garisan arrows. Maknanya, dot pada board ke lima misalnya adalah selari dengan arrow pada board ke lima.

Terdapat juga dots di belakang foul line. Ada dua set yang digunakan oleh pemain boling bagi memastikan mereka berdiri di tempat yang sama atau mengingatkan mereka di mana mereka berdiri sebelum ini. Ia juga selari dengan dots yang digunakan sebagai sasaran tadi dan selari dengan arrows. Pergerakkan dari tempat asal akan menyebabkan bola boling tersasar dari lontaran yang sebelumnya.